Tuesday, 11 September 2012

..siapakah rakan yasinku??..

rakan yasinku,
setia berkata dalam bisuku,
kerana kau setia dalam hidupku..

rakan yasinku,
aku tahu tidurku panjang,
kau datang kau ziarah,
maaf tidur panjangku tidak dapat kuputuskan seperti dahulu..

rakan yasinku,
dekat pada diriku,
dekat menyentuh rohku,
dalam jaga dan tidur kau bersamaku..

rakan yasinku,
rakan senyum dunia,
rakan senyum hidup,
rakan senyum tanpa kosong..

apa aku punya rakan yasin,
atau ada rakan lagu dan nada sahaja,
buat ketawa buat gembira,
terisi gembira dunia,
tetapi lenaku sunyi sahaja..

rakan yasinku,
dalam hidup aku mencarimu,
garis akhiran baru kutahu..

sumber:
CERITA DARI SYURGA
hr/>
thank c0z sudi jenguk..hehe..(^_^)

No comments:

Post a Comment