Monday, 23 April 2012

nasihat itu penting


assalamualaikum semua..
td sy da tbce 1 artikel kt "iluvislam"..ase nk c0py je..hehehe...s0 j0m kita semua baca..nie t0k prgtan kita semua gak..(^-^)

Dari Jarir r.a katanya:"Aku berjanji kepada Rasulullah s.a.w akan setia dan patuh dan memberi nasihat kepada setiap orang muslim. Lalu beliau bersabda kepadaku:"Lakukanlah sekuasamu."

(Riwayat Muslim)

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda "Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:"Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?" Maka ia menjawab:"Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya."

Riwayat Bukhari & Muslim

1. Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.

2. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (idola) untuk diikuti.

3. Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti 'ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus '. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang 'cakap tak serupa bikin'!.

"Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:" Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda (yang maksudnya): "Biarkan dia (hingga selesai ia membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau segayung air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan."

Riwayat al-Bukhari

1. Teguran Rasulullah s.a.w di dalam hadith tersebut adalah sebagai panduan kepada umat Islam agar bertindak dengan penuh hikmah dan menegur secara baik. Bahkan ia termasuk di dalam strategi dakwah yang amat penting.

2. Masjid merupakan tempat suci yang amat perlu dijaga kebersihannya. Oleh itu setiap ahli jemaah mestilah mematuhi peraturan masjid yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan masjid agar memberi kemudahan kepada semua pihak.

3. "Memudah dan tidak menyukarkan" adalah antara prinsip asas Islam yang harus diutamakan dalam melakukan segala perkara selagi mana ia tidak melanggar batas-batas syarak.

Nabi pernah menyatakan bahawa tekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah. Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy.

Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya. Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالاَتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Aku sampaikan kepadamu amanat-amanah Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui
(Al-A'raf 7 : Ayat ke 62)

mudah-mudahan kita semua sentiasa hidup dalam keredhaan dan keberkatan-NYA..




hr/>
thank c0z sudi jenguk..hehe..(^_^)

No comments:

Post a Comment