Assalamualaikum.
Jika difikirkan kembali, alangkah baiknya kalau kita ini buta, pekak dan bisu. Kenapa?
Sesungguhnya orang² ini diberi kelebihan atau keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
* Orang yang buta tidak akan dapat berzina melalui mata kerana dia tidak akan nampak aurat² yang didedahkan oleh orang² yang tidak menjaga auratnya.
* Orang yang pekak dapat mengelakkan diri daripada zina telinga dan terjaga daripada mendengar perkara² yang tidak baik.
* Orang yang bisu dapat mengelakkan diri daripada menyebarkan fitnah, mengumpat,berzina melalui perkataan dan sebagainya.
♥ Tapi, kita seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita pada hari ini, kerana kita dapat melihat dunia ciptaan Allah SWT yang indah ini.
Kita masih lagi dapat mendengar zikirullah, azan yang berkumandang dan sebagainya. Kita juga masih lagi dapat bercakap untuk menyebarkan dakwah serta membaca Al-Quran.
Jadi, butakanlah mata kita daripada melihat perkara² yang mendatangkan zina atau dosa, bisukanlah suara kita daripada menyebarkan fitnah dan perkara² yang tidak baik dilafazkan. Sesungguhnya orang yang menyebarkan fitnah seperti meratah daging saudara sendiri.
Pekakkanlah telinga kita daripada mendengar perkara² yang tiada faedahnya dan dengarlah sesuatu yang mendatangkan kecintaan kita kepada pencipta kita, Allah SWT. Lakukanlah perkara²yang memantapkan lagi iman kita.
Carilah "harta" iaitu pahala yang boleh dibawa ke akhirat. Jauhilah dosa dan maksiat.
Berdoalah kepada Allah SWT yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan setiap pekara di atas dunia ini. Bertaubatlah selagi kita masih diberi waktu oleh Allah. Carilah cinta Allah SWT, satu-satunya cinta abadi yang tiada penipuan, kekecewaan dan kekal.
Wallahu a'lam. hr/>
No comments:
Post a Comment